Melaksanakan Perintah Mengikut Kemampuan
Takhrij / Sumber: Sahih Al-Bukhari (No. 7288) & Sahih Muslim (No. 1337)
Diriwayatkan oleh: Abu Hurairah Abdurrahman bin Sakhr RA
مَا نَهَيْتُكُمْ عَنْهُ فَاجْتَنِبُوهُ، وَمَا أَمَرْتُكُمْ بِهِ فَأْتُوا مِنْهُ مَا اسْتَطَعْتُمْ، فَإِنَّمَا أَهْلَكَ الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ كَثْرَةُ مَسَائِلِهِمْ وَاخْتِلافُهُمْ عَلَى أَنْبِيَائِهِمْ.
"Apa yang aku larang kamu daripadanya maka jauhilah ia (seluruhnya), dan apa yang aku perintahkan kamu dengannya maka laksanakanlah ia mengikut kadar kemampuan kamu. Sesungguhnya yang membinasakan umat sebelum kamu ialah kerana terlalu banyak bertanya (yang menyusahkan) dan perselisihan mereka terhadap nabi-nabi mereka."
- Larangan mesti ditinggalkan secara mutlak, manakala suruhan ibadah dilaksanakan mengikut kemampuan fizikal dan syarat syarak.
- Islam adalah agama yang membawa kemudahan (Yusr) dan menolak kesukaran yang melampau.