✨ Selamat Datang ke Laman Web Rasmi Masjid Kamil Hassan, Sungai Pinang, Balik Pulau. 🕌 Waktu Solat Pulau Pinang (Zon 1: Seluruh Negeri Pulau Pinang) dikemaskini secara langsung dari e-Solat JAKIM. 🤝 Salurkan infaq pembangunan & kebajikan terus ke akaun rasmi Bank Islam: 2007131000001842. 🛍️ Direktori MKH Niaga kini dibuka! Sokong produk desa & kepakaran usahawan kariah tempatan. ✨ Selamat Datang ke Laman Web Rasmi Masjid Kamil Hassan, Sungai Pinang, Balik Pulau. 🕌 Waktu Solat Pulau Pinang (Zon 1: Seluruh Negeri Pulau Pinang) dikemaskini secara langsung dari e-Solat JAKIM. 🤝 Salurkan infaq pembangunan & kebajikan terus ke akaun rasmi Bank Islam: 2007131000001842. 🛍️ Direktori MKH Niaga kini dibuka! Sokong produk desa & kepakaran usahawan kariah tempatan.
Surah Ke-23 • Makkiyyah • 118 Ayat Halaman 6 / 8 (Ayat 76 - 90)

Al-Mu'minun

"Golongan Yang Beriman"

المؤمنون
Qari: Syeikh Al-Husary
76 Ayat 76

وَلَقَدْ أَخَذْنَـٰهُم بِٱلْعَذَابِ فَمَا ٱسْتَكَانُوا۟ لِرَبِّهِمْ وَمَا يَتَضَرَّعُونَ

Dan sesungguhnya Kami telah menimpakan mereka dengan azab (di dunia), maka mereka tidak juga tunduk patuh kepada Tuhan mereka dan tidak pula berdoa kepadaNya dengan merendah diri (serta insaf dan bertaubat);

— Tafsir Pimpinan Ar-Rahman (JAKIM)
77 Ayat 77

حَتَّىٰٓ إِذَا فَتَحْنَا عَلَيْهِم بَابًا ذَا عَذَابٍ شَدِيدٍ إِذَا هُمْ فِيهِ مُبْلِسُونَ

Sehingga apabila Kami bukakan kepada mereka sebuah pintu yang menyebabkan azab yang berat, maka mereka serta-merta berputus asa dengan sebabnya - dari mendapat sebarang kebaikan.

— Tafsir Pimpinan Ar-Rahman (JAKIM)
78 Ayat 78

وَهُوَ ٱلَّذِىٓ أَنشَأَ لَكُمُ ٱلسَّمْعَ وَٱلْأَبْصَـٰرَ وَٱلْأَفْـِٔدَةَ ۚ قَلِيلًا مَّا تَشْكُرُونَ

Dan Dia lah jua yang mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (untuk kamu bersyukur; tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur.

— Tafsir Pimpinan Ar-Rahman (JAKIM)
79 Ayat 79

وَهُوَ ٱلَّذِى ذَرَأَكُمْ فِى ٱلْأَرْضِ وَإِلَيْهِ تُحْشَرُونَ

Dan Dia lah yang menciptakan serta mengembangkan kamu di bumi, dan kepadaNyalah kamu akan dihimpunkan.

— Tafsir Pimpinan Ar-Rahman (JAKIM)
80 Ayat 80

وَهُوَ ٱلَّذِى يُحْىِۦ وَيُمِيتُ وَلَهُ ٱخْتِلَـٰفُ ٱلَّيْلِ وَٱلنَّهَارِ ۚ أَفَلَا تَعْقِلُونَ

Dan Dia lah yang menghidupkan dan mematikan; dan Dia lah yang menentukan pertukaran malam dan siang. Maka tidakkah kamu mahu berfikir?

— Tafsir Pimpinan Ar-Rahman (JAKIM)
81 Ayat 81

بَلْ قَالُوا۟ مِثْلَ مَا قَالَ ٱلْأَوَّلُونَ

(Mereka tidak juga mahu berfikir) bahkan mereka berkata seperti yang dikatakan oleh orang-orang dahulu (yang ingkar);

— Tafsir Pimpinan Ar-Rahman (JAKIM)
82 Ayat 82

قَالُوٓا۟ أَءِذَا مِتْنَا وَكُنَّا تُرَابًا وَعِظَـٰمًا أَءِنَّا لَمَبْعُوثُونَ

Mereka berkata: "Adakah apabila kami telah mati dan kami menjadi tanah dan tulang, adakah kami akan dibangkitkan (hidup semula)?

— Tafsir Pimpinan Ar-Rahman (JAKIM)
83 Ayat 83

لَقَدْ وُعِدْنَا نَحْنُ وَءَابَآؤُنَا هَـٰذَا مِن قَبْلُ إِنْ هَـٰذَآ إِلَّآ أَسَـٰطِيرُ ٱلْأَوَّلِينَ

"Demi sesungguhnya, kami telah dijanjikan perkara ini - kami dan datuk nenek kami - dari dahulu lagi; perkara ini hanyalah cerita dongeng orang-orang dahulu-kala."

— Tafsir Pimpinan Ar-Rahman (JAKIM)
84 Ayat 84

قُل لِّمَنِ ٱلْأَرْضُ وَمَن فِيهَآ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ

Tanyakanlah (wahai Muhammad): "Kepunyaan siapakah bumi ini dan segala yang ada padanya, kalau kamu mengetahui?"

— Tafsir Pimpinan Ar-Rahman (JAKIM)
85 Ayat 85

سَيَقُولُونَ لِلَّهِ ۚ قُلْ أَفَلَا تَذَكَّرُونَ

Mereka akan menjawab: "Kepunyaan Allah". Katakanlah: "Mengapa kamu tidak mahu ingat (dan insaf)?"

— Tafsir Pimpinan Ar-Rahman (JAKIM)
86 Ayat 86

قُلْ مَن رَّبُّ ٱلسَّمَـٰوَٰتِ ٱلسَّبْعِ وَرَبُّ ٱلْعَرْشِ ٱلْعَظِيمِ

Tanyakanlah lagi: "Siapakah Tuhan yang memiliki dan mentadbirkan langit yang tujuh, dan Tuhan yang mempunyai Arasy yang besar?"

— Tafsir Pimpinan Ar-Rahman (JAKIM)
87 Ayat 87

سَيَقُولُونَ لِلَّهِ ۚ قُلْ أَفَلَا تَتَّقُونَ

Mereka akan menjawab: "(Semuanya) kepunyaan Allah". Katakanlah: "Mengapa kamu tidak mahu bertaqwa?"

— Tafsir Pimpinan Ar-Rahman (JAKIM)
88 Ayat 88

قُلْ مَنۢ بِيَدِهِۦ مَلَكُوتُ كُلِّ شَىْءٍ وَهُوَ يُجِيرُ وَلَا يُجَارُ عَلَيْهِ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ

Tanyakanlah lagi: Siapakah yang memegang kuasa pemerintahan tiap-tiap sesuatu, serta ia dapat melindungi (segala-galanya) dan tidak ada sesuatupun yang dapat disembunyi daripada kekuasaannya? (Jawablah) jika kamu mengetahui!"

— Tafsir Pimpinan Ar-Rahman (JAKIM)
89 Ayat 89

سَيَقُولُونَ لِلَّهِ ۚ قُلْ فَأَنَّىٰ تُسْحَرُونَ

Mereka akan menjawab: "(Segala-galanya) dikuasai Allah". Katakanlah: "Jika demikian, bagaimana kamu tertarik hati kepada perkara yang tidak benar?"

— Tafsir Pimpinan Ar-Rahman (JAKIM)
90 Ayat 90

بَلْ أَتَيْنَـٰهُم بِٱلْحَقِّ وَإِنَّهُمْ لَكَـٰذِبُونَ

(Bukanlah sebagaimana tuduhan mereka) bahkan Kami telah membawa kepada mereka keterangan yang benar, dan sesungguhnya mereka adalah berdusta.

— Tafsir Pimpinan Ar-Rahman (JAKIM)
Halaman 6 daripada 8 (Jumlah: 118 ayat)