✨ Selamat Datang ke Laman Web Rasmi Masjid Kamil Hassan, Sungai Pinang, Balik Pulau. 🕌 Waktu Solat Pulau Pinang (Zon 1: Seluruh Negeri Pulau Pinang) dikemaskini secara langsung dari e-Solat JAKIM. 🤝 Salurkan infaq pembangunan & kebajikan terus ke akaun rasmi Bank Islam: 2007131000001842. 🛍️ Direktori MKH Niaga kini dibuka! Sokong produk desa & kepakaran usahawan kariah tempatan. ✨ Selamat Datang ke Laman Web Rasmi Masjid Kamil Hassan, Sungai Pinang, Balik Pulau. 🕌 Waktu Solat Pulau Pinang (Zon 1: Seluruh Negeri Pulau Pinang) dikemaskini secara langsung dari e-Solat JAKIM. 🤝 Salurkan infaq pembangunan & kebajikan terus ke akaun rasmi Bank Islam: 2007131000001842. 🛍️ Direktori MKH Niaga kini dibuka! Sokong produk desa & kepakaran usahawan kariah tempatan.
Surah Ke-44 • Makkiyyah • 59 Ayat Halaman 4 / 4 (Ayat 46 - 59)

Ad-Dukhan

"Asap / Kabut"

الدخان
Qari: Syeikh Al-Husary
46 Ayat 46

كَغَلْىِ ٱلْحَمِيمِ

Seperti mendidihnya air yang meluap-luap panasnya.

— Tafsir Pimpinan Ar-Rahman (JAKIM)
47 Ayat 47

خُذُوهُ فَٱعْتِلُوهُ إِلَىٰ سَوَآءِ ٱلْجَحِيمِ

(Lalu diperintahkan kepada malaikat penjaga neraka): "Renggutlah orang yang berdosa itu dan seretlah dia ke tengah-tengah neraka.

— Tafsir Pimpinan Ar-Rahman (JAKIM)
48 Ayat 48

ثُمَّ صُبُّوا۟ فَوْقَ رَأْسِهِۦ مِنْ عَذَابِ ٱلْحَمِيمِ

"Kemudian curahkanlah di atas kepalanya - azab seksa - dari air panas yang menggelegak".

— Tafsir Pimpinan Ar-Rahman (JAKIM)
49 Ayat 49

ذُقْ إِنَّكَ أَنتَ ٱلْعَزِيزُ ٱلْكَرِيمُ

(Serta dikatakan kepadanya secara mengejek): "Rasalah azab seksa, sebenarnya engkau adalah orang yang berpengaruh dan terhormat (dalam kalangan masyarakatmu)"

— Tafsir Pimpinan Ar-Rahman (JAKIM)
50 Ayat 50

إِنَّ هَـٰذَا مَا كُنتُم بِهِۦ تَمْتَرُونَ

(Kemudian dikatakan kepada ahli neraka umumnya): "Sesungguhnya inilah dia (azab seksa) yang kamu dahulu ragu-ragu terhadapnya!"

— Tafsir Pimpinan Ar-Rahman (JAKIM)
51 Ayat 51

إِنَّ ٱلْمُتَّقِينَ فِى مَقَامٍ أَمِينٍ

Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa (akan ditempatkan) di tempat tinggal yang aman sentosa. -

— Tafsir Pimpinan Ar-Rahman (JAKIM)
52 Ayat 52

فِى جَنَّـٰتٍ وَعُيُونٍ

Ia itu di dalam beberapa taman Syurga, dengan matair-matair terpancar padanya,

— Tafsir Pimpinan Ar-Rahman (JAKIM)
53 Ayat 53

يَلْبَسُونَ مِن سُندُسٍ وَإِسْتَبْرَقٍ مُّتَقَـٰبِلِينَ

Mereka memakai pakaian dari kain sutera yang halus dan kain sutera tebal yang bersulam; (mereka duduk di tempat perhimpunan) sentiasa berhadap-hadapan (di atas pelamin masing-masing).

— Tafsir Pimpinan Ar-Rahman (JAKIM)
54 Ayat 54

كَذَٰلِكَ وَزَوَّجْنَـٰهُم بِحُورٍ عِينٍ

Demikianlah keadaannya; dan Kami jadikan kawan teman mereka bidadari-bidadari yang putih melepak, lagi luas cantik matanya.

— Tafsir Pimpinan Ar-Rahman (JAKIM)
55 Ayat 55

يَدْعُونَ فِيهَا بِكُلِّ فَـٰكِهَةٍ ءَامِنِينَ

Mereka meminta - di dalam Syurga itu - tiap-tiap jenis buah-buahan (yang mereka ingini), dalam keadaan aman sentosa.

— Tafsir Pimpinan Ar-Rahman (JAKIM)
56 Ayat 56

لَا يَذُوقُونَ فِيهَا ٱلْمَوْتَ إِلَّا ٱلْمَوْتَةَ ٱلْأُولَىٰ ۖ وَوَقَىٰهُمْ عَذَابَ ٱلْجَحِيمِ

Mereka tidak merasai kematian dalam Syurga itu selain daripada mati yang mereka rasai (di dunia) dahulu; dan Allah selamatkan mereka dari azab neraka;

— Tafsir Pimpinan Ar-Rahman (JAKIM)
57 Ayat 57

فَضْلًا مِّن رَّبِّكَ ۚ ذَٰلِكَ هُوَ ٱلْفَوْزُ ٱلْعَظِيمُ

(Mereka diberikan semuanya itu) sebagai limpah kurnia dari Tuhanmu (wahai Muhammad); yang demikian itulah kemenangan yang besar.

— Tafsir Pimpinan Ar-Rahman (JAKIM)
58 Ayat 58

فَإِنَّمَا يَسَّرْنَـٰهُ بِلِسَانِكَ لَعَلَّهُمْ يَتَذَكَّرُونَ

Maka sesungguhnya tujuan Kami memudahkan Al-Quran dengan bahasamu (wahai Muhammad), ialah supaya mereka (yang memahaminya) beringat dan insaf (untuk beriman dan mematuhinya).

— Tafsir Pimpinan Ar-Rahman (JAKIM)
59 Ayat 59

فَٱرْتَقِبْ إِنَّهُم مُّرْتَقِبُونَ

(Kiranya mereka tidak berbuat demikian) maka tunggulah (wahai Muhammad akan kesudahan mereka), sesungguhnya mereka juga menunggu (akan kesudahanmu).

— Tafsir Pimpinan Ar-Rahman (JAKIM)
Halaman 4 daripada 4 (Jumlah: 59 ayat)